Saturday, November 28, 2009

letih

itssss so tiring.life.people.gosh people have thier ways to make u tired.emotionally and mentally. owwhhh yep.saye lame tak berblog kerna lupe password and which email account i use to sign in.boleeehhhh tak.huhuhu

back to the topic.why do people really really like to sentence other people to punishment without even try to understand the situation.btw, perlu ke nak mem punish org camni.pernah tak dengar pepatah "understand more, judge less"?

yep mmg ade salah aku di sini sana.well nobody's perfect. but then, it takes two to tango and there is always the other side of the story. knape aku perlu paham story ko tapi ko tak pernah nak paham story from my side?ahhh tak pernah aku nak mintak ko paham. cukup kalau ko tak judge and punish aku tak tentu pasal. tapi i didnt get any from u. bak kate seorang kawan, aku nie tak prihatin dengan perasaan org di sekeliling aku. i accept that. my bad. if ur so great in understanding and knowing other people's feeling, then try to understand me. bole? tak banyak yg aku mintak.cube je..kalo tak boleh jgk nak buat mcm mane ye tak...

skrang aku letih.letih untuk memuaskan hati semua pihak, letih dengan kerje, letih mencari umah dan letih dengan kerenah org yang pelbagai. aku letih.letih.letih.

aku dah malas nak ckp banyak.just think about this all over again. patut ke.perlu ke sume nie. kerna aku rasa ianya suatu pembaziran tenaga. aku harap ko paham.

Friday, August 28, 2009

True

Im weak its true,
Cause im afraid of the answer
Do u want me too?
Cause my heart keeps falling faster

Why it has to be so hard... Or it is simple, but we are the one that make it hard? Lu pikir la sendiri babe...

Saturday, August 22, 2009

apakahhh????

aku bangun tidur agak awal hari ini. pukul 10.30 a.m aku dah terjaga (kalau nak dibandingkan dengan hari mingguku yang lain aku bangun pukul 12pm ke atas). aku bukak mata je trus aku tersenyum. hati berdetak detak laju bukan main. aku hairan. kenapakah??? aku malas bangun lagi, bergolek golek di atas katil sambil melayan sms rakan-rakan ku. ah malam tadi aku tidur mati sampai tak sedar langsung bunyik sms eventho the handphone is right beside the bed. huhuhu..



aku di katil sampai lebih kurang jam 12pm. kemudian aku keluar tgk tv sampai pukul 1.30pm. pukul 2 ade kelas memandu jadi kena mandi. sepanjang waktu ini aku merasa bagai melayang2.tersengih cam kerang busuk. ah mungkin kerna sitcom the nanny dan everybody loves raymond tue kelakar kot. mmg aku ketawa cam org gile tgk cite tue tadi. tp knape jantung aku stil berdegup dengan rate yang abnormal nie??? abaikan saje lah. dah lambat nie kang instructor aku da sampai tp aku tak siap lagi..



dah siap mandi, aku kluar balek tgk tv. lambat pulak org tue nie nak sampai. marah dlm hati tapi mulut stil senyum. otak aku merewang entah kemana pun aku tak pasti. aku semacam tidak mampu nak control perjalanan otak aku hari ini. setengah jam lepas tue instuctor aku call ckp dah smpai. aku pun turun ke bawah. aku berjalan seperti tak jejak tanah. melayang-layang je rasanya. gileeerrrr lahhhh. aku dah semakin musykil. ape masalah aku nie????



then tadi berbuka dengan hani, housemate aku. die belikan nasik ayam. bedal sajalah. aku mls nak kua beli makanan. after makan aku kua jalan pegi terminal putra nak beli barang. sepanjang jalan aku tersengih seorang macam org gila. my adneraline is at the roof top! sangat sangsi aku dengan keadaan ini. sebab tak pernah tahap kegembiraan aku bertahan selama ini. biasanya paling kuat pun setengah hari. ini dah seharian! iskkk aku tak biasa! aku mula risau! apakah yang terjadi sebenarnya???aku sendiri kurang pasti. apa yang aku pasti, aku kurang senang dengan semua ini. aku takut kerna bila aku terbang terlalu tinggi, pasti amat saket pabila aku jatuh nanti...





yang jahil tentang perasaan sendiri;

Friday, August 21, 2009

wah wah wahhhh

pagi tadi aku digemparkan dengan berita yang sangat best! loan aku da lulus!!yeayyyyy!harap2 angan2 nak beraya dengan kerete baru tahun nie tercapai.aminnn..hehe tp naik je tghari kepala aku da berserabut. ye lah. kerje disogok tanpa henti. aku dah sampai give up. sume pun urgent. kiri kanan. tapi ade jugak kebaikannye sbb kerja yang banyak dan kerna kekurangan info aku terpaksa mintak internet access. before this aku tade excuse nak mintak. jadi aku malas nak bunyik nnt kantoi lak ngn bos aku kan. jadi dalam keadaan yang sangat 'terpaksa' aku pegi mintak sign HOD aku dan aku pun dapat access nye dalam sekelip mata. ha ha ha..bil fon aku tade la melampau2 lagi kerna aku bleh online di pc.kihkihkih...

dipendekkan cerita, hari ini kepala aku rasa cam nak meletup sbb overload. tp ade silver lining nyer. mungkin betol ape yang pernah aku bace. hujan turun di tengahari sebab Allah nak bagi pelangi di waktu petang. before aku balek tadi aku apply cuti. 2nd boss aku buat statement aku nak cuti sebab nak pegi interview. aku gelak je la. then 1st boss aku tanye balek. betol ke aku nak pegi interview because if its true, die ckp "tell me what is the company's name. i want to call them and tell them not to hire u." pastu aku ckp.eh manade. aku kan bonded. pastu 2nd boss aku ckp, then ask the company to pay la. pastu aku ckp im nobody who wants to pay for me. then she hinted, "if there is demand (sambel menjeling ke arah 1st boss aku) there will be a supply" ah ah ah (gelak ala2 nadia). aku senyum kamben. adakah aku akan di demand?miahahaha..puji-pujian yang meruntun jiwa. tapi ye la kan..bukan senang derang nak dapat macai yang dengan tanya banyak bunyik pegi kutip nama sape nak join company trip..huhuhu


rasa jiwa;

Wednesday, August 19, 2009

adakah benar?

jika kita diberi lebih tanggungjawab bermakna kita boleh diharap? dan hinakah aku jika aku katakan disini jika benar diberi lebih tanggungjawab itu bermakna aku boleh diharap, aku mahu agar aku dilihat sebagai seorang yang tidak boleh diharap.

kat ofis tugasku semakin menekan. hari2 dicampakkan pelbagai kerja urgent. aku tak kisah jika kerjaku hanya meng attend kerja2 urgent tersebut. tetapi tugas primary aku terganggu! marketer mengejar ku kiri kanan untuk polisi. (aku bekerja di line insurans). mahu saja aku jerit! aku bukan tak mahu proses advise slip tue sume! aku tak sempat la sengalllllllllllll!!!!kiri kanan depan belakang menolak. sampaikan nak circulate makanan dan memo utk kutip derma pun aku yang kena. boleh tak??

rasanya aku dicampakkan pelbagai kerja remeh ini bukan kerna mereka nampak aku sebagai boleh diharap tetapi kerna aku tidak pandai mengatakan tidak. mana tidaknye kalau sampaikan kerja remeh utk kutip nama siapa yang nak join company trip pun aku yang kena handle. and im not even a committee..haisshhhh..ye la..di ofis aku exec paling muda, paling baru. yang lain sume berumur dari aku. dan aku melakukan tugas2 tersebut atas dasar hormat. tapi hormat tersebut makin menipis kerna ianya tidak berbalas...yelah..depan2 senyum smpai ke telinga.belakang berbakul2 mengutuk dan merungut yang bermacam2...

jadi benarkah jika kita dibebankan dengan pelbagai tugasan bermaksud kita benar2 dilihat sebagai seorang yang can get things done or dibuli sebenarnya? dan jika aku dilihat sebagai tidak efficient untuk menyiapkan kerja primary aku semata mata untuk mencapai standard sebagai seorang yang boleh diharap, tidak salah aku rasa kiranya aku mahu dilihat sebagai tidak boleh diharap dalam menyiapkan kerja remeh2 ini.



sekam yang semakin membara;
aku yang dibuli

Tuesday, August 18, 2009

messed up

masuk kali nie dah 5 kali kot aku type n delete balek ape yg aku da tulis. otak bercelaru. tableh nak tulis something that is consistent... argghhhh

ble aku terpandang name blog yang aku pilih nie.. the bLack hole. nape eh? Aku memandang dunia aku sebagai lubang gelap yang tidak tahu di mana penghujungnye kah? mungkin... Jika betol aku dah semakin jaded. Sekeras mana usaha aku utk tidak mengakuinya..deep down inside aku tahu Im not the same person as I was 5 years ago. Dulu, aku tahu yang aku tak se jaded ini. Aku sedar bile aku cakap kat kawan2 aku jangan terlalu cepat menghukum, aku sebenarnye mengigatkan diri sendiri. Kerna aku tidak mahu menjadi seperti itu. Aku ingat semasa stadi dulu. Aku belajar mengenai compassion. Compassion is when you are able to put urself in other people's shoe and thus, be more understanding on their situation. Aku masih ingat perasaan aku pada masa itu. Aku mahu itu. I want to be that kind of person. Compassionate. Dan bagi aku, kalau aku terlalu cepat menghukum, aku tidak meletakkan diriku di tempat org tersebut. Lalu aku mengigatkan kawan2 ku. Jangan terlalu cepat menghukum. Yaaa begitu mudah untuk aku katakan apabila kawan2 ku meghukum orang yang tiada kena mengena denganku. Cube kalau yang berkaitan dengan diriku. Sepantas kilat tanpa prejudis dan berfikir dua kali aku menghukum. Dan hukuman itu akan terus kekal kerna aku jadi tidak berminat utk mengubah persepsi ku itu. What the fish!

Ahhh aku merasakan diriku lebih hina kerna aku hanya dapat mengakui keburukan ku disini dan terus hipokrit dengan melayangkan nasihat2 yang bernas kepada kawan2 ku.