Wednesday, August 19, 2009

adakah benar?

jika kita diberi lebih tanggungjawab bermakna kita boleh diharap? dan hinakah aku jika aku katakan disini jika benar diberi lebih tanggungjawab itu bermakna aku boleh diharap, aku mahu agar aku dilihat sebagai seorang yang tidak boleh diharap.

kat ofis tugasku semakin menekan. hari2 dicampakkan pelbagai kerja urgent. aku tak kisah jika kerjaku hanya meng attend kerja2 urgent tersebut. tetapi tugas primary aku terganggu! marketer mengejar ku kiri kanan untuk polisi. (aku bekerja di line insurans). mahu saja aku jerit! aku bukan tak mahu proses advise slip tue sume! aku tak sempat la sengalllllllllllll!!!!kiri kanan depan belakang menolak. sampaikan nak circulate makanan dan memo utk kutip derma pun aku yang kena. boleh tak??

rasanya aku dicampakkan pelbagai kerja remeh ini bukan kerna mereka nampak aku sebagai boleh diharap tetapi kerna aku tidak pandai mengatakan tidak. mana tidaknye kalau sampaikan kerja remeh utk kutip nama siapa yang nak join company trip pun aku yang kena handle. and im not even a committee..haisshhhh..ye la..di ofis aku exec paling muda, paling baru. yang lain sume berumur dari aku. dan aku melakukan tugas2 tersebut atas dasar hormat. tapi hormat tersebut makin menipis kerna ianya tidak berbalas...yelah..depan2 senyum smpai ke telinga.belakang berbakul2 mengutuk dan merungut yang bermacam2...

jadi benarkah jika kita dibebankan dengan pelbagai tugasan bermaksud kita benar2 dilihat sebagai seorang yang can get things done or dibuli sebenarnya? dan jika aku dilihat sebagai tidak efficient untuk menyiapkan kerja primary aku semata mata untuk mencapai standard sebagai seorang yang boleh diharap, tidak salah aku rasa kiranya aku mahu dilihat sebagai tidak boleh diharap dalam menyiapkan kerja remeh2 ini.



sekam yang semakin membara;
aku yang dibuli

2 comments:

  1. samalah.. bos dan org2 yang anggap diri mereka bos adalah sangat menjengkelkan!!!
    kan?
    macamana dengan biz plan kita?

    ReplyDelete
  2. ko dah naik pangkat kan. nak pegi khusus utk join club para bos lepas raya kan.so jgn banyak bunyik!ah ah ah

    ReplyDelete