Saturday, August 22, 2009

apakahhh????

aku bangun tidur agak awal hari ini. pukul 10.30 a.m aku dah terjaga (kalau nak dibandingkan dengan hari mingguku yang lain aku bangun pukul 12pm ke atas). aku bukak mata je trus aku tersenyum. hati berdetak detak laju bukan main. aku hairan. kenapakah??? aku malas bangun lagi, bergolek golek di atas katil sambil melayan sms rakan-rakan ku. ah malam tadi aku tidur mati sampai tak sedar langsung bunyik sms eventho the handphone is right beside the bed. huhuhu..



aku di katil sampai lebih kurang jam 12pm. kemudian aku keluar tgk tv sampai pukul 1.30pm. pukul 2 ade kelas memandu jadi kena mandi. sepanjang waktu ini aku merasa bagai melayang2.tersengih cam kerang busuk. ah mungkin kerna sitcom the nanny dan everybody loves raymond tue kelakar kot. mmg aku ketawa cam org gile tgk cite tue tadi. tp knape jantung aku stil berdegup dengan rate yang abnormal nie??? abaikan saje lah. dah lambat nie kang instructor aku da sampai tp aku tak siap lagi..



dah siap mandi, aku kluar balek tgk tv. lambat pulak org tue nie nak sampai. marah dlm hati tapi mulut stil senyum. otak aku merewang entah kemana pun aku tak pasti. aku semacam tidak mampu nak control perjalanan otak aku hari ini. setengah jam lepas tue instuctor aku call ckp dah smpai. aku pun turun ke bawah. aku berjalan seperti tak jejak tanah. melayang-layang je rasanya. gileeerrrr lahhhh. aku dah semakin musykil. ape masalah aku nie????



then tadi berbuka dengan hani, housemate aku. die belikan nasik ayam. bedal sajalah. aku mls nak kua beli makanan. after makan aku kua jalan pegi terminal putra nak beli barang. sepanjang jalan aku tersengih seorang macam org gila. my adneraline is at the roof top! sangat sangsi aku dengan keadaan ini. sebab tak pernah tahap kegembiraan aku bertahan selama ini. biasanya paling kuat pun setengah hari. ini dah seharian! iskkk aku tak biasa! aku mula risau! apakah yang terjadi sebenarnya???aku sendiri kurang pasti. apa yang aku pasti, aku kurang senang dengan semua ini. aku takut kerna bila aku terbang terlalu tinggi, pasti amat saket pabila aku jatuh nanti...





yang jahil tentang perasaan sendiri;

2 comments:

  1. aku rasa, ada berita buruk akan menyusul kemudian. seperti, lesen P kau lambat keluar sbb jpj induk terbakar. atau mungkinkah sesuatu yang buruk akan menimpa diri kau? seperti ibu jari kakimu terhempap dek ashtray. agegegege.

    2- adrenaline (sila betulkan) terima kasih. ;8)

    ReplyDelete
  2. ko doakan yang buruk2 je kat aku ye.jgn kurang sopan sgt buleh.aku tahu la ko syg haku.ahahaha

    ReplyDelete